Pages

Saturday, May 8, 2010

Imaginasi duyung jantan

TIDAK mustahil jika drama rantaian terbitan Zeel Productions berjudul Duyung Aridinata yang bakal menemui penonton bermula 12 Julai depan diangkat sebagai penerbitan paling mencabar.
BINCANG...Adam berkongsi idea bersama Tony dan Rozie.
BINCANG...Adam berkongsi idea bersama Tony dan Rozie. 




KELAINAN...Zack (kiri) bawa watak lelaki duyung. KELAINAN...Zack (kiri) bawa watak lelaki duyung. SERASI...(dari kiri) Tony, Rozie dan Maria sebagai tonggak utama 
drama Duyung Aridinata. SERASI...(dari kiri) Tony, Rozie dan Maria sebagai tonggak utama drama Duyung Aridinata. HAYATI WATAK...gaya Tony dan Rozie dalam satu babak. HAYATI WATAK...gaya Tony dan Rozie dalam satu babak.


KELAINAN...Zack (kiri) bawa watak lelaki duyung.
Hebat atau tidak, itulah kekuatan drama yang bakal menghiasi slot Lagenda, TV3 yang membariskan pelakon popular seperti Fasha Sandha, Tony Eusoff, Rozie Rashid, Zachery Francis, Maria Farida dan pelakon baru, Zain Saidin.

Drama fantasi lelaki duyung ini berkonsep komedi romantik. Kisahnya ringkas namun penuh plot bagi menguatkan keseluruhan cerita yang dihimpun dalam 20 episod bagi tayangan sejam setiap Isnin hingga Khamis jam 4.30 petang.

Kononnya seekor duyung dikurniakan kaki untuk menjadi manusia biasa dan hidup di daratan bagi memenuhi kehendak hatinya mencari pasangan hidup.

Selepas berpeluang bekerja di sebuah pusat peranginan, lelaki duyung itu berjaya menemui cinta hatinya namun berdepan pelbagai halangan hingga mengheret kepada konflik lebih besar.
Bukan saja kostum yang memeningkan pihak produksi, malah penggambaran yang bakal dilakukan di dasar laut pasti menjadi cabaran lebih berat, terutama kepada pengarah yang punya pengalaman luas namun pertama kali mengarahkan konsep sebegini, Adam Hamid.

Ketika ditemui di Pusat Sains Negara (PSN) yang menjadi antara lokasi utama, Adam berkata, pihak produksi menyediakan satu sesi latihan kepada pelakon untuk tujuan keselamatan. Malah baginya yang 19 tahun di dalam dunia pengarahan, drama ini bakal menyingkap kecekapannya dalam mengarah.

"Saya sangat gementar sebaik menerima tawaran mengarah drama ini. Maklumlah, saya tidak pernah terfikir berpeluang mengarahkan drama di dasar laut. Walaupun ia hanya untuk penerbitan drama, warga kerjanya bersikap bersungguh-sungguh bagi menampilkan sesuatu yang berbeza.

"Setakat ini saya sibuk menghabiskan semua babak di dalam studio yang kami lakukan di PSN serta sekitar Kuala Lumpur sebelum terus berkampung di Pulau Lang Tengah (Terengganu) selama sebulan.

"Saya meneliti setiap babak yang akan dilakukan di dasar laut supaya sempurna seperti direncana kerana masa ditetapkan cuma empat hari untuk kami rakam keindahan dasar laut itu. Insya-Allah, semuanya berjalan lancar dan saya tidak sabar-sabar untuk melakukannya," katanya yang menggarap keseluruhan babak mengikut sentuhannya sendiri selain akur ada skrip asalnya.

Pertama kali memegang watak fantasi seperti duyung, Tony Eusoff melihat banyak keistimewaannya sebagai pelakon. Tidak hanya cabaran yang terpaksa dihadapi dengan memakai kostum ketat dan tidak selesa, pelakon filem Sepi ini optimis yang karakter ini bakal mengupas bakatnya dengan lebih mendalam.

"Saya sangat gembira dengan watak sebegini. Sebagai pelakon, saya selalu inginkan watak berbeza dan mencabar seperti ini. Watak Raja Singratdinata, ayah kepada watak utama, sememangnya lucu dan mencuit hati. Saya terhibur sepanjang menggalas watak ini.
"Penggambaran di studio seperti sekarang masih boleh saya tahan kerana segala-galanya terkawal dan tidak sangat memenatkan. Namun saya dapat membayangkan bagaimana susahnya penggambaran yang akan dilakukan di dasar laut nanti.

"Namun saya tidak sabar-sabar mahu melakonkan karakter itu kerana ia sesuatu yang berbeza daripada mana-mana watak yang pernah saya lakukan," kata aktor berusia 33 tahun itu yang baru selesai penggambaran drama bersiri, Sayang Cendana.

Drama Duyung Aridinata tidak hanya padat dengan plot penceritaan yang melangkaui imaginasi menerusi kostum dan gerak persembahannya, malah satu lagi kesukaran yang terpaksa ditempuh setiap pelakon adalah bahasa digunakan.

Skripnya mengangkat bahasa Melayu baku dan sarat dengan bait-bait puisi bagi mencerminkan keunikan kehidupan laut seperti duyung.

Aktres jelita, Maria Farida turut menghadapi kesukaran itu apabila banyak babaknya terpaksa diulang berkali-kali kerana kesilapan menyebut sesetengah nama serta mengikut lenggok bahasanya.

"Bahasa yang diguna cukup tinggi dan puitis. Bayangkan, nama setiap karakter yang dihidupkan dalam drama ini juga bukan senang disebut. Justeru, saya selalu berdepan masalah tersasul.

"Bagaimanapun, saya teruja dengan watak yang saya pegang iaitu sebagai bomoh kepada kerajaan hidupan laut. Kononnya setiap hidupan laut akan menemui saya jika menghadapi masalah. Seronok sangat sepanjang penggambaran kerana semua pelakon bagaikan sebuah keluarga dan pihak produksi tidak henti-henti membantu.

"Yang saya lihat, drama ini bakal memberi kelainan kepada drama tempatan kerana jalan ceritanya unik dan berwarna-warni. Dialognya juga kelakar dan bakal mencuit hati penonton.

"Pastinya babak yang bakal dirakam di dasar laut nanti mempamerkan seribu keindahan dalam drama ini," katanya.

No comments:

Post a Comment