Pages

Tuesday, April 27, 2010

Nik Aziz mengaku jentera Pas lemah

2010/04/27
KOTA BHARU: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat, mengakui jentera parti itu lemah menggerakkan strategi kempen membantu calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, kelmarin.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan menyifatkan jentera Pas ‘tidak biasa’ dalam menggerakkan kempen pilihan raya kecil kerana lebih fokus kepada pilihan raya umum.
“Orang Pas yang menjadi komponen bagi pakatan (pembangkang) ini dia tidak biasa dengan pilihan raya (kecil), dia sekali sekala jumpa (pilihan raya kecil),” katanya selepas Program Pertukaran Pelajar Muhammadiyah Sumatera Barat Dengan Kerajaan Kelantan di kediaman rasminya di sini, semalam.
Nik Aziz mengulas dakwaan jentera Pas kurang membantu kempen pembangkang di Hulu Selangor sehingga menyebabkan Barisan Nasional (BN) diwakili P Kamalanathan menang dengan majoriti 1,725 undi.

Nik Aziz berkata, walaupun PKR gagal mempertahankan kerusi Hulu Selangor, beliau berpendapat peningkatan undi diperoleh Zaid sebagai sesuatu yang membanggakan.

“Walaupun kita gagal dalam memenangkan calon, kita kena ingat di Malaysia ini banyak kawasan yang (pembangkang) kalah (pada) pilihan raya kecil tetapi boleh menang balik pada pilihan raya besar (umum), termasuk di Kelantan ini (iaitu) di Pengkalan Pasir.

“(Di Pengkalan Pasir) pada waktu pilihan raya kecil kita kalah 100 undi lebih, tetapi apabila datang pilihan raya besar (umum) kita menang (dengan kelebihan) 2,000 lebih, di Kedah (juga) ada tempat iaitu Pendang pun kalah pada pilihan raya kecil tetapi menang pada pilihan raya besar (umum),” katanya.

No comments:

Post a Comment